Perjalanan Saya Ke Bangkok dengan Keretapi / My Travel To Bangkok by Train
Ini adalah penulisan pertama saya untuk perjalanan blog.
Sila maafkan saya jika terdapat kesilapan ejaan atau apa-apa kesilapan.
Saya ingin berkongsi perjalanan saya ke Thailand baru-baru ini.
Saya hanya mengambil masa 1 hari saja untuk membuat keputusan perjalanan ini.
Tempat adalah Bangkok dengan keretapi.
 |
Kota Kuala Muda Historical Fortress (My Hometown) |
Hari ini adalah 18 Disember, 2014 ... Isteri saya & saya meninggalkan rumah untuk perjalanan kami ke Bangkok.
Saya memandu dari Kota Kuala Muda, Kedah, Malaysia sehingga sempadan Malaysia & Thailand.
(Bukit Kayu Hitam, Malaysia & Dannok, Thailand)
Singgah di Bandar Bukit Kayu Hitam, pekena air kelapa untuk menyejukkan badan.
Ya, kereta saya hanya setakat ini, saya tinggalkan pada kawan untuk simpan kereta.
Saya suka menasihatkan kawan-kawan, yang ingin berkunjung ke mana-mana negara lain selama seminggu atau lebih, supaya membeli simkad tempatan untuk pelancong, Saya telah membeli simkad keluaran DTAC dengan bayaran rm10 dan membeli DATA RM27 untuk seminggu, ianya lebih murah.
Seterusnya kami menaiki Van dari Bandar Dannok ke Hatyai dgn bayaran RM9.00 seorang, Van boleh didapati sebaik saja melepasi pintu gate imigresen Thai.
setelah tiba di Hatyai kami terus menaiki Tut-tut dari stesyen van ke Hatyai Junction (Stesyen Keretapi Hatyai) dgn harga BHT50 seorang.
Kami sampai di stesyen keretapi elok-elok saja, waktu Keretapi Rapid nak berlepas.
Keretapi Rapid ke Bangkok ada 3 kategori, tempat duduk keras kelas3, tempat duduk boleh laras dan tempat tidor.
Kami berjaya membeli tiket untuk tempat duduk boleh laras dgn harga Baht455, Waktu berlepas 2.45pm waktu Thai.
Berada di dalam keretapi rapid ini saya rasakan seperti menaiki keretapi di Malaysia pada tahun 1989
Ya hanya kipas, tapi bersih dan suasana menarik.
Saya sempat mengambil beberapa gambar pemandangan di luar dan berbual dengan kawan di Malaysia menerusi aplikasi Whatsapp.... sehinggalah bateri telepon habis... koc yang saya naiki pulak tidak mempunyai palam kuasa untuk caj handphone. Saya pula tidak mempunyai powerbank, waktu ni lah baru dirasakan pentingnya powerbank...
Pemandangan sawah padi di genangi banjir. Malaysia juga telah dilanda banjir disebelah Pantai Timur pada masa ini.
Saya dapati Thailand juga dalam pembinaan track keretapi kedua.
Gambar-gambar sepanjang perjalanan.
Sawah Padi.
Kebun Pisang mula dimasuki air banjir.
Air sungai juga banyak dan deras.
Pemandangan di salah satu lintasan keretapi
Di perhentian tertentu terdapat penjual akan naik ke koc menjual barangan.
Malangnya tiada penjual muslim, oleh itu kami mengambil keputusan membeli buah mempelam.
Buah Mempelam cicah asam
Malam, jangan risau, lampu dipasang dalam koc
Surat Thani, disini banyak Mat Saleh, Surat Thani adalah bandar terdekat ke Pulau Koh Samui.
Pagi berikutnya, setelah lena seperti bayi.
Gambar matahari naik di segenting kera, perasaan sangat indah ketika itu.
Keretapi mula memasuki Bangkok.
Ini rasanya stesyen keretapi baru, munkin juga ianya stesyen untuk LRT.
Masih dalam pembinaan.
Melintasi Sungai "Menam Chao Phraya"
Salah satu sungai di Bangkok.
Kami telah memasuki Stesyen Keretapi Hualampong, Bangkok pada pukul 10.15am waktu Thai.
Sekian, catatan perjalanan saya ke Bangkok, sila ikuti kisah selanjutnya dalam blog yang lain.
Penghargaan Buat:
1.Solehuddin, rakan SSMJ88.
2.Faizal Azizan, rakan SSMJ88.
3.Nazari, rakan SSMJ88.
4.Rizal, rakan SSMJ88.
3.Zahari, rakan UUM.
4.Fatimah, isteri.