Saturday, 14 February 2015

1st Day in Chiang Mai, Thailand

20.12.2014   4.45am

Setelah menaiki teksi "pick-up" kami terus ke suatu kawasan bernama Tambon Chang Peark mencari Hotel Murah, bernama Hotel Bann Santiktam. Harga sebuah bilik katil besar dengan kipas angin ialah Baht250 semalam dan aircond Baht350 semalam. Saya syorkan booking dahulu sebelum pergi, kerana sewaktu saya pergi, hanya sebuah bilik kosong dan isteri serta saya perlu ke hotel lain berdekatan dan mendapat hotel dengan bilik berharga Bath300 bagi bilik berkipas tetapi kami hanya memilih untuk membersihkan diri sahaja dan perlu membyar Baht250 memandangkan kawan dari Kuala Lumpur telah mengajak kami agar bersama dan mereka dijangka tiba sekitar jam 10am waktu Thai.


Tupai ini mencuri tumpuan kami.


Kedai Makan Muslim berdekatan Hotel. Kalau memilih untuk menginap dikawasan ini, mudah untuk mencari makanan Muslim.


Saya memilih untuk menikmati Nasi Kapau berharga Baht35, Nasi ini dimasak dengan daging ayam atau daging lembu serta dimasak dengn daun selasih, juga disertakan telur mata kerbau. Sedap dan murah.


Pandangan bahagian depan kedai berkenaan, mereka Muslim, berbangsa Thai China, sememangnya Chiang Mai berdekatan dengan China.


Kawasan sekitar hotel.




Tuk Tuk ori beroda 3.


Kami telah menyewa Van Taxi ini dgn harga berpatutam.



Persingahan kami yang pertama, Tiger Kingdom, dengan harga sekitar USD50 anda dapat pakej eklusif bermain dengan harimau dan bergambar. Ia satu tempat yang baik unuk dilawati bersama keluarga.





Tempat kedua kami lawati adalah Gater Farm, Dengan bayaran sekitar Baht300 anda boleh menikmati persembahan Buaya.




Lawatan kami seterusnya ke Maesa Elephant Camp.
The Elephant Camp Maesa terletak kira-kira 40 minit pemanduan dari Chiang Mai dalam perjalanan ke utara ke Mae Rim.
Bayaran Masuk sebanyak Baht 200 dan bayaran menunggang gajah sebanyak Baht 1,200 untuk satu jam dan Baht 800 untuk 30 minit.
Pertunjukan bermula pada 08:00am, 09:40am dan 01:30pm setiap hari.




Anak-anak dari suku Karen, berleher panjang.
Anda boleh bergambar bersama mereka, kemudian jika mahu, boleh sedekahkan sekitar Baht 20



Anda akan dibawa menaiki Gajah. Saya tak pernah naik lagi, ia merupakan pengalaman amat menarik bagi saya. Mula-mula risau juga, tapi kemudian seronok.


Pertunjuan gajah bermula... kami bertuah kerana ini adalah pertunjukan terakhir buat hari ni... 1.30pm.





Gajah melukis, menarik sekali...kemudian lukisan ini akan dijual.



Ini pula pertunjukan tidur dibawah kaki gajah, ada pelbagai lagi pertunjukan, bermain bola, melontar dart pada belon dan pelbagai lagi.




Selepas selesai pertujukan anda boleh membeli barangan dari wanita suku Karen.


Setelah penat mengembara, kami singgah solat di Masjid Hidayatul Islam Banhaw. Ia sebuah Masjid bercirikan senibina dari China.
Sememangnya masyarakat Islam asal disini ramai berbangsa China dan Chiang Mai dekat dengan negara China.









Kami juga memilih untuk makan di Restoran Muslim sekitar masjid ini.... Malangnya saya lupa untuk Mengambil gambar  kerana lapar,hehe... maafkan saya...

Ikuti pengembaraan saya untuk hari ke 2 ke Segitiga Emas di blog seterusnya.

No comments:

Post a Comment