Saturday, 14 February 2015

2nd Day in Chiang Mai & Visit to Chiang Rai & Golden Triangle

21.12.2014

Hari ke2 di Chiang Mai, kami bersiap-siap awal lagi.
Kami akan ke Segitiga Emas... Sempadan Thailand, Myanmar dan Laos, tak pernah terlintas yang kami akan menjejakkan kaki ke Segitiga Emas.


Menikmati hidangan pagi di hotel dengan berhati-hati, agar memilih yang boleh dimakan.



Kami dalam perjalanan ke Chiang Rai menggunakan Van Taxi.
Lebuhraya di Chiang Mai ditanam dengan bunga kertas dan ianya kelihatan amat cantik.


Kami telah memsuki Chiang Rai, singgah di kawasan Mata Air Panas Chiang Rai.


Di sini terdapat pelbagai barangan menarik dijual. Baju yang beraneka jenis aksesori wanita dan batu permata.













Istana Raja Zaman Dahulukala di Chiang Rai.


Setiba kami di bandar Chiang Rai,kami memilih untuk terus menunaikan solat di Masjid Darulaman, Ching Rai.







Restoran Muslim juga boleh ddapati disekitar Masjid di Chiang Rai, malangnya saya tidak menangkap gambar.


Banggunan Kayu yang unik di Chiang Rai.


Pejabat imigresen Thailand untuk Segitiga Emas, jika kita hendak merentasi sempadan. Passport kita perlu di simpan disini, ianya tidak di cop kerana tiada pejabat Imigresen di sebelah sana, semuanya akan diuruskan oleh Wakil Bot.


Setelah melihat Segitiga Emas buat pertama kali dalam hidup saya, saya berasa amat seronok....
Anda dapat Myanmar yang macam bucu segitiga dan Laos diseberang Sungai Mekong.





Kami menaiki bot untuk kesana. Bot terdapat dalam pebagai saiz, memandangkan kami dalam kumpukan ramai, bot kami selesa untuk 10 orang, Kos bot Bath 1300.





Ini adalah Myanmar, kami berada begitu hampir tetapi tidak mendarat memandangkan ianya adalah sebuah Kasino.




Ini adalah Laos, Pulau DonXao. Pulau yang terbentuk akibat aliran sungai.


Banggunan berbumbung yang berwarna kuning ini pula adalah Kasino di Laos. unuk makluman, hanya Thailand tidak mempunyi kasino di Segitiga Emas.







Kami tiba di Pulau Donxao, Laos. Pelawat perlu membayar Baht30 seorang untuk memasuki kawasan perniagaan berkenaan.


Keadaan pusat perniagaan disini rasanya hampir sama seperti di Padang Besar zaman dulu.
Harga barangan juga murah dari harga pasaran di Malaysia.


Hahaha, rambang mata juga.





Payung kain yang amat cantik juga dijual disini.


Tiba masa untuk kami pulang. dan sewaktu kami menaiki bot, anak-anak kecil Laos meminta sedekah. Anda boleh memilih untuk bersedekah sebanyak RM1 seorang.



Kami terus pulang selepas mengambil semula passport, semuanya akan diuruskan oleh Wakil Bot,
Ini adalah lawatan pertama kami kesini.... kami ingin nasihatkan kawan-kawan yang ingin ke sini agar tidor 1 malam di Chiang Rai, kerana jarak dan masa amat jauh ke Chiang Mai....


Sampai Chiang Mai dah malam, kami singgah sebentar di Anusarn Market untuk membeli belah dan mengisi perut.




Kami keletihan, tiada gambar lagi untuk mengambarkan betapa letihnya kami.
..... tapi amat seronok mendapat pengalaman baru.

Ikuti Pengembaraan hari ke3 di Chiang Mai di blog berikutnya.

No comments:

Post a Comment