Friday, 13 February 2015

From Bangkok to Chiang Mai with Pretty Girl

19.12.2014

Kami telah tiba di Bangkok, tetapi atas suatu sebab, isteri dan saya mengambil keputusan untuk ke Chiang Mai setelah berjumpa dengan gadis-gadis, pelajar Universiti di Bangkok.  Ini suatu tindakan yang drastik untuk perjalanan sejauh 700km. disebabkan masa yang singkat kami berkejar mencari Restoran Muslim berdekatan kerana lapar. 
Memandangkan kami akan ke Chiang Mai tempat yang sejuk, kami sempat membeli Baju Tebal dan Penutup Kepala untuk saya di kedai berdekatan. Maaf tak ingat harga, tapi ianya berpatutan....


Kami memilih koc Kelas 3 berharga Baht231 untuk seorang, disebabkan masa yang suntuk dan leka. Kami terpaksa berlari mengejar keretai yang telah bertolak...
kesemua kami 12 org bersama penumpang lain berlari mengejar keretapi seperti cerita dalam filem Bollywood... Ya, mengejutkan,keretapi berheni.

Maaf tak banyak gambar di Bangkok, kerana masa yang singkat.


Salah Seorang Pelajar Universiti dari Bangkok yang bersama kami menujukkan tiket beliau. Jangan tenung lama-lama, Ya beliau cantik.
*Photo ini kepunyaan beliau, kebenaraan diperolehi untuk Blog ini


Terkejut, kerana tiket beliau adalah percuma.
Ya, Kerajaan Thailand meyediakan pengangkutan keretapi kelas ketiga secara percuma kemana saja di Thailand untuk Rakyat mereka,,,, bagi saya kerajaan Thailand amat bagus.
Sememangnya isteri saya Thai juga sepatutya percuma, tetapi kesilapan sewaktu membeli tiket menyebabkan kami membayar.


Pemandangan yang sempat dirakamkan sejurus menaiki keretapi.


Bila anda menaiki keretapi, anda berpeluang berkenalan dengan penumpang lain.


Ia suatu peluang keemasan bila gadis secantik ini bersama kami sepanjang perjalanan, membuatkan 700km terasa dekat.


Kami juga sempat berbual dgn Palancong dari Sri Langka, mereka baru tiba untuk kunjungan ke Ayuthaya.
Kami melalui Monkey Temple di Lop Buri, Daerah Ayuthaya. Banyak Monyet.


Harap anda dapat menikmati gambar-gambar yang saya ambil sewaktu perjalanan.




Kawasan ladang bunga matahari, biji untuk perusahaan Kuaci.








Kawasan Ladang Tebu.











Dua gadis cantik didepan kami, sempat berbual.


Saya meminta untuk mengambil gambar mereka.... Semua muda dan amat cantik.
Sebenarnya ini lah untungnya menaiki keretapi.... berkenalan dengan sahabat baru..
Dan setelah berbual panjang, kami mendapat tahu gadis berbaju 22 adalah saudara kepada isteri.


Kami tiba di Chiang Mai pukul 4.30 pagi... Sejuk, 1st time tiba di tempat yg jauh di utara sekali yg pernah saya pijak kaki.... Sejuk Gedi....
Sebelum ni dok tengok dlm tv saja.


Sebelum bergerak dan mencari Taxi, kami sempat bergambar beramai-ramai untuk kenangan.



Sila ikuti Blog seterusnya untuk pengembaraan di ChiangMai dan dimana saya tinggal.

2 comments:

  1. What is the sejuk gedi? A local drink?

    Davy..Port Guyana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for your comment
      Sejuk Gedi is Local expression for Cold
      Seuk is cool, while Sejuk Gedi is Cold....

      Delete